Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Alat radas kaca DIY

Imej
Jika cikgu berminat membuat alat radas makmal DIY berasaskan kaca, cikgu perlu ada kemahiran kerja kaca. Video di bawah menunjukkan cara melakukan kerja kaca untuk peralatan kaca terpilih: Prosedur bertulis boleh didapati daripada buku ini: Ellyza Karim dan Rosmawati Shaharuddin (2015). Pengurusan makmal sains dan sumber (Sains Pendidikan Rendah). Petaling Jaya: Sasbadi. Harga: RM 16.00

Indikator asid-alkali bunga Mexican Petunia

Imej
Tiada kertas litmus? Boleh le guna cecair bunga mexican petunia sebagai indikator asid-alkali. Video cara-cara menghasilkan indikator pH mesra alam: Gunakan skala warna ini untuk penentuan sifat asid-alkali bahan yang diuji: warna asal indikator pH mesra alam daripada bunga segar adalah ungu tetapi selepas sejam ia akan berubah kepada coklat cair kerana teroksida. Jika anda menggunakan bunga yang telah layu, memang anda akan menghasilkan cecair indikator berwarna coklat cair. asid sulfurik menjadi merah cuka juga merah natrium hidroksida bertukar hijau serbuk penaik juga menjadi hijau Inovasi ini telah memenangi pingat perak di EdNovaC 19 pada 10 April 2019 (IPG KDRI, T'ganu) :