Catatan

Meramal

Imej
Kartun di bawah menunjukkan situasi meramal. Orang itu meramal berdasarkan pemerhatian deria sentuh di bawah tapak kakinya. Ramalan tidak semestinya benar. Contohnya seperti di bawah: Tiga aktiviti di bawah sesuai dijalankan untuk aktiviti membuat ramalan. Masa selama 45 minit diperuntukkan. Dua biji bola yang sama saiz digunakan. Murid menimbang tanpa menggunakan penimbang sebaliknya menggunakan deria sentuh pada tapak tangan dan meramal antara bola ping pong dengan bola polistirena mana yang akan jatuh dulu? Murid memerhatikan kismis yang dikelilingi gelembung udara daripada air berkarbonat terapung walaupun pada asalnya kismis yang lebih tumpat dari air tenggelam di dasar bekas. Murid telah mengambil data isipadu air yang disesarkan oleh 50g, 100g dan 150g pemberat. Seterusnya murid disuruh meramal berapakah isipadu air yang disesarkan jika 125g pemberat pula digunakan.

Membuat inferens

Imej
Untuk aktiviti membuat inferens, ia dikendalikan oleh Puan Norisah Mohamed Nor. Sebanyak 3 aktiviti dapat dijalankan selama 45 minit.  Aktiviti buku kebal menggunakan dua buah buku yang sama saiz diselang-selikan helaian mukasuratnya. Dua orang murid diminta menarik buku ini pada arah bertentangan. Ternyata murid tidak dapat menariknya kerana buku tersebut seakan-akan tidak mahu dipisahkan dan mendakap erat. Murid ditanya apakah inferens ke atas pemerhatian "tidak dapat menarik pasangan buku"? Maka jawapannya berkaitan dengan konsep DAYA (geseran antara helaian mukasurat dan berat buku).  Pemerhatian untuk aktiviti ini murid melihat belon menjauhi tin minuman atau seolah-olah tin minuman mengejar belon. Maka inferens ke atas pemerhatian ini ialah berkaitan dengan konsep DAYA ELEKTROSTATIK. Contoh satu pemerhatian yang dapat dilihat ialah syiling berkarat. Maka inferens ialah syiling ini terdedah kepada hujan dan terbiar lama sebelum...

Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa

Imej
Dalam kemahiran ini, murid menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter ialah lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat atau jisim. Aktiviti hari ini menggunakan parameter tinggi. Murid menjalankan eksperimen mengkaji tindakbalas yis ke atas doh. Sebanyak 9 kumpulan dibentuk. Setiap 3 kumpulan membuat eksperimen Set A, B dan C. Bezanya Set A menggunakan 3g yis, set B 6g yis manakala set C 9g yis. Saiz bikar 500 ml dimalarkan. Begitu juga dengan 100g tepung, masa 30 minit dan 85ml air. Pembolehubah bergerakbalas ialah aras kenaikan  doh selepas 30 minit. Berdasarkan dapatan dalam jadual, yis yang sedikit kurang menaikkan aras doh tetapi yis yang lebih banyak menyebabkan aras doh meningkat dengan lebih tinggi. Di sini, murid dapat mengaitkan perhubungan tinggi aras doh dengan masa. Kebaikan menjalankan 3 set eksperimen ialah kita boleh memilih data yang logik. Ini kerana ada eksperimen yang tidak berjaya kerana berlakunya ralat....

Mengukur & menggunakan nombor

Imej
Mengukur & menggunakan nombor adalah pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Bagi aktiviti ini saya menggunakan pelbagai alat spt neraca tiga palang, neraca digital, penimbang & pengukur badan, pita pengukur, neraca Newton, neraca spring, angkup Vernier, pembaris, silinder penyukat, termometer dll. Saya mahu setiap murid mendapat pengalaman menggunakan alat ini. Seterusnya murid mengisi jadual setelah mendapatkan data. Parameter Nilai ukuran Unit Alat ukuran Tinggi saya Jisim saya Ukur lilit pinggang Jisim tepung  Neraca tiga palang Tinggi doh awal Isipadu air Berat pemberat  Neraca Newton Jisim pemberat  Neraca spring Jumlah yis Lebar fail Panjang meja makmal Diameter pensel Suhu badan saya Murid sedang menimbang berat menggunakan neraca Newton Guru menunjukkan ca...

sejarah KPS

Imej
Sumber: Ong Eng Tek & Mohd Al-Junaidi Mohamad, Jurnal Teknologi (Social Sciences) UTM (2014)

Science Process Skills (Sumber: UK National Foundation for Educational Research, 2010)

·       The interaction of children with their environment in a scientific manner happens through process skills such as handling, manipulating, observing, questioning, interpreting etc. ·        Process skills are thus the route by which children explore and gain evidence which they use in developing ideas ·          Scientific processes would include guessing, predicting and hypothesizing.  A prediction is generally substantiated by ‘evidence’ either in current or past experience.  A hypothesis is a statement which attempts an explanation of an event or relationship.  A scientific hypothesis is one which can be tested scientifically.  The quality of tentativeness is another feature of a hypothesis, as it is a possible explanation.  Hypothesizing can be encouraged in situations where there is more than one obvious and possible reason for something happening. Indicators of Process Skills Ho...

KPS asas: Mengelas

Imej
Untuk aktiviti mengelas secara kontekstual, saya meminta murid membawa daun yang mereka ketahui namanya pada kelas 6 Februari 2014. Alhamdulilah, walaupun saya berpesan pada 23/1/2014 namun murid tidak lupa pada pesanan saya. Ternyata murid berminat dengan aktiviti yang akan saya laksanakan. Saya sediakan 2 ruang, satu saya pinkan dengan daun pisang manakala satu lagi saya pin dengan daun bunga kertas. Saya meminta murid mencucuk pin pada daun yang mereka bawa di ruang yang sesuai setelah mereka mengenalpasti ruang mana sepatutnya dipinkan daun mereka. Saya minta mereka kenalpasti jenis urat daun yang mereka bawa adakah sesuai berada dalam kelas daun bunga kertas atau daun pisang yang saya beri contoh. Setelah itu baru saya tanyakan mereka tentang jenis urat daun tersebut.  Jenis urat daun telah dipelajari murid semasa tahun 3 iaitu dalam tajuk "external features of plant". Maka tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada murid apakah 2 jenis urat daun tiada s...