Catatan

Berkomunikasi dan mentafsir data

Imej
Pengetahuan sedia ada peserta tentang komunikasi dan mentafsir data dicungkil.  Kebanyakan mereka menyimpulkan perbincangan adalah komunikasi dan mentafsir data. Seterusnya, miskonsepsi peserta tentang komunikasi dibetulkan dengan aktiviti “telefon karat” dengan peserta pertama diberi maklumat dan dipindahkan mengikut bahasa isyarat dan penceritaan semula mengikut cara masing-masing tentang maklumat asal tersebut.  Maklumat dipindahkan dari satu peserta ke peserta yang lain dan peserta terakhir akan membuat kesimpulan dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk lukisan. Peserta pertama mendapat maklumat dalam bentuk teks dan perlu disampaikan kepada rakan seterusnya dalam bentuk bahasa isyarat. Peserta memindahkan maklumat kepada rakan menggunakan bahasa isyarat mengikut cara tersendiri.  Peserta terakhir memindahkan pula maklumat yang diterima ke dalam bentuk lukisan. Intervensi seterusnya adalah dengan menonton tayangan video...

Mendefinisi secara operasi

Imej
Semasa eksperimen dijalankan kita akan mengukur pembolehubah bagi mengumpul data. Tentunya sebelum dapat mengukur pembolehubah tersebut, kita perlu jelas apa dan bagaimana hendak mengukur pembolehubah. M emberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu ialah mendefinisi secara operasi. Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas .  Definisi yang  diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka  merujuk kepada pembolehubah yang sama. Aktiviti Men...

Mengenalpasti & mengawal pembolehubah

Imej
2 aktiviti telah dijalankan oleh Puan Jalimah Yunus untuk mengenalpasti dan  mengawal pembolehubah. Aktiviti 1: Kadar serapan air pada span 3 jenis span berbeza saiz digunakan. Pastikan perah span baru berulangkali dalam besen berisi air kerana mungkin span baru belum mempunyai daya serapan yang baik. Kemudian biarkan seminit. Kumpul isipadu air yang terkumpul dalam span dan ukur dalam silinder penyukat. Berikut ialah keputusan yang didapati: Aktiviti 2: Keterlarutan selaput gula coklat M&M Keputusan selepas 40 saat : Keputusan selepas 50 saat : Jika dibiarkan lebih seminit: Selaput gula M&M dalam air sejuk lambat melarut, tetapi yang berada dalam air panas dan air paip akan larut menampakkan kacang di dalamnya. Catatan murid:

Meramal

Imej
Kartun di bawah menunjukkan situasi meramal. Orang itu meramal berdasarkan pemerhatian deria sentuh di bawah tapak kakinya. Ramalan tidak semestinya benar. Contohnya seperti di bawah: Tiga aktiviti di bawah sesuai dijalankan untuk aktiviti membuat ramalan. Masa selama 45 minit diperuntukkan. Dua biji bola yang sama saiz digunakan. Murid menimbang tanpa menggunakan penimbang sebaliknya menggunakan deria sentuh pada tapak tangan dan meramal antara bola ping pong dengan bola polistirena mana yang akan jatuh dulu? Murid memerhatikan kismis yang dikelilingi gelembung udara daripada air berkarbonat terapung walaupun pada asalnya kismis yang lebih tumpat dari air tenggelam di dasar bekas. Murid telah mengambil data isipadu air yang disesarkan oleh 50g, 100g dan 150g pemberat. Seterusnya murid disuruh meramal berapakah isipadu air yang disesarkan jika 125g pemberat pula digunakan.

Membuat inferens

Imej
Untuk aktiviti membuat inferens, ia dikendalikan oleh Puan Norisah Mohamed Nor. Sebanyak 3 aktiviti dapat dijalankan selama 45 minit.  Aktiviti buku kebal menggunakan dua buah buku yang sama saiz diselang-selikan helaian mukasuratnya. Dua orang murid diminta menarik buku ini pada arah bertentangan. Ternyata murid tidak dapat menariknya kerana buku tersebut seakan-akan tidak mahu dipisahkan dan mendakap erat. Murid ditanya apakah inferens ke atas pemerhatian "tidak dapat menarik pasangan buku"? Maka jawapannya berkaitan dengan konsep DAYA (geseran antara helaian mukasurat dan berat buku).  Pemerhatian untuk aktiviti ini murid melihat belon menjauhi tin minuman atau seolah-olah tin minuman mengejar belon. Maka inferens ke atas pemerhatian ini ialah berkaitan dengan konsep DAYA ELEKTROSTATIK. Contoh satu pemerhatian yang dapat dilihat ialah syiling berkarat. Maka inferens ialah syiling ini terdedah kepada hujan dan terbiar lama sebelum...