Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Meramal

Imej
Kartun di bawah menunjukkan situasi meramal. Orang itu meramal berdasarkan pemerhatian deria sentuh di bawah tapak kakinya. Ramalan tidak semestinya benar. Contohnya seperti di bawah: Tiga aktiviti di bawah sesuai dijalankan untuk aktiviti membuat ramalan. Masa selama 45 minit diperuntukkan. Dua biji bola yang sama saiz digunakan. Murid menimbang tanpa menggunakan penimbang sebaliknya menggunakan deria sentuh pada tapak tangan dan meramal antara bola ping pong dengan bola polistirena mana yang akan jatuh dulu? Murid memerhatikan kismis yang dikelilingi gelembung udara daripada air berkarbonat terapung walaupun pada asalnya kismis yang lebih tumpat dari air tenggelam di dasar bekas. Murid telah mengambil data isipadu air yang disesarkan oleh 50g, 100g dan 150g pemberat. Seterusnya murid disuruh meramal berapakah isipadu air yang disesarkan jika 125g pemberat pula digunakan.

Membuat inferens

Imej
Untuk aktiviti membuat inferens, ia dikendalikan oleh Puan Norisah Mohamed Nor. Sebanyak 3 aktiviti dapat dijalankan selama 45 minit.  Aktiviti buku kebal menggunakan dua buah buku yang sama saiz diselang-selikan helaian mukasuratnya. Dua orang murid diminta menarik buku ini pada arah bertentangan. Ternyata murid tidak dapat menariknya kerana buku tersebut seakan-akan tidak mahu dipisahkan dan mendakap erat. Murid ditanya apakah inferens ke atas pemerhatian "tidak dapat menarik pasangan buku"? Maka jawapannya berkaitan dengan konsep DAYA (geseran antara helaian mukasurat dan berat buku).  Pemerhatian untuk aktiviti ini murid melihat belon menjauhi tin minuman atau seolah-olah tin minuman mengejar belon. Maka inferens ke atas pemerhatian ini ialah berkaitan dengan konsep DAYA ELEKTROSTATIK. Contoh satu pemerhatian yang dapat dilihat ialah syiling berkarat. Maka inferens ialah syiling ini terdedah kepada hujan dan terbiar lama sebelum