Membuat inferens
Untuk aktiviti membuat inferens, ia dikendalikan oleh Puan Norisah Mohamed Nor. Sebanyak 3 aktiviti dapat dijalankan selama 45 minit.
Aktiviti buku kebal menggunakan dua buah buku yang sama saiz diselang-selikan helaian mukasuratnya. Dua orang murid diminta menarik buku ini pada arah bertentangan. Ternyata murid tidak dapat menariknya kerana buku tersebut seakan-akan tidak mahu dipisahkan dan mendakap erat. Murid ditanya apakah inferens ke atas pemerhatian "tidak dapat menarik pasangan buku"? Maka jawapannya berkaitan dengan konsep DAYA (geseran antara helaian mukasurat dan berat buku).
Pemerhatian untuk aktiviti ini murid melihat belon menjauhi tin minuman atau seolah-olah tin minuman mengejar belon. Maka inferens ke atas pemerhatian ini ialah berkaitan dengan konsep DAYA ELEKTROSTATIK.
Contoh satu pemerhatian yang dapat dilihat ialah syiling berkarat. Maka inferens ialah syiling ini terdedah kepada hujan dan terbiar lama sebelum ditemui. Pelbagai pemerhatian lain boleh didapati ke atas syiling seperti warna kusam (inferens: lihat pada tahun pembuatan syiling yang sudah lama) dan bentuknya yang tetap (infrens: dibuat oleh mesin) atau sifat kekerasannya (inferens: hasil gabungan logam).
Ulasan