Mendefinisi secara operasi

Semasa eksperimen dijalankan kita akan mengukur pembolehubah bagi mengumpul data. Tentunya sebelum dapat mengukur pembolehubah tersebut, kita perlu jelas apa dan bagaimana hendak mengukur pembolehubah. Memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu ialah mendefinisi secara operasi.


Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu
menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas

pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi

secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk

pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas


Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.


Aktiviti Mendefinisi secara Operasi:


1. Setiap meja ditampalkan lampiran yang mengandungi kes/masalah dalam kehidupan
    seharian yang perlu diselesaikan. Terdapat 6 kes yang perlu diselesaikan.
2. Pada setiap meja telah disediakan semua bahan yang diperlukan untuk memberi idea
    bagi menyelesaikan kes tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan ada 5 orang. Setiap
    kumpulan memilih ketua kumpulan masing-masing.
4. Ketua kumpulan akan memegang satu note pad yang digunakan untuk menulis jawapan
    kepada setiap kes.
5. Sehelai note pad yang mengandungi jawapan tersebut akan diberikan kepada
    cikgu/pensyarah untuk dinilai. Jika betul maka note pad kumpulan tersebut akan
    mendapat cop. Jika tidak betul, kumpulan tersebut akan diberikan penerangan oleh
    cikgu/pensyarah dan mereka diminta memikir semula jawapan yang betul.  
6. Hadiah diberikan kepada kumpulan yang paling banyak menyelesaikan kes dalam tempoh sejam.
7. Semua murid dikumpulkan semula. Guru/pensyarah memberikan penjelasan kepada setiap kes.




KES 1:
Di sini kekenyalan tepung pulut boleh didefinisikan secara operasi : doh tepung pulut boleh ditarik sepanjang 3 cm

Antara hasil kerja murid:

KES 2:

Di sini pelbagai pembolehubah dimanipulasi untuk menyejukkan kopi. Antaranya meletakkan pelbagai jenis sudu dan juga menggunakan kipas tangan. Pembolehubah bergerakbalas ialah suhu kopi dan diukur hanya dengan menggunakan tapak tangan. 

Dalam aktiviti ini murid boleh mendefinisi secara operasi tahap kepanasan kopi ialah kemampuan memegang cawan kopi dengan tapak tangan.

KES 3:

Definisi secara operasi stamina ialah kemampuan melompat dengan tali skipping sebanyak lebih dari 10 kali.



KES 4:



Definisi secara operasi buku pilihan saya ialah kulit buku yang berwarna menarik dan bilangan mukasurat sedikit.


KES 5:

           Definisi secara operasi selipar kuasa geseran ialah tapak selipar yang kasar dan berlekuk-lekuk.

Contoh selipar yang disediakan:




KES 6:
                 Definisi secara operasi "Seronoknya Program Komuniti" ialah dapat ramai kawan baru.

Program komuniti ini melibatkan wakil 6 orang murid dari 5 buah sekolah, maka murid merasa seronok kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari sekolah berlainan.










Ulasan

Tanpa Nama berkata…
boooooring!
Tanpa Nama berkata…
betul
Tanpa Nama berkata…
Tk beberapa faham tetapi tepat dan padat
Tanpa Nama berkata…
Definisikan secara operasi tekanan bagi eksperimen 8.2 tingkatan 2

Catatan popular daripada blog ini

Membuat inferens

MENGEKSPERIMEN