Mendefinisi secara operasi
Semasa eksperimen
dijalankan kita akan mengukur pembolehubah bagi mengumpul data. Tentunya
sebelum dapat mengukur pembolehubah tersebut, kita perlu jelas apa dan bagaimana
hendak mengukur pembolehubah. Memberi takrifan kepada
pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk
memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu ialah
mendefinisi secara operasi.
Untuk menentukan
pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu
menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas
pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu
perlu didefinisi
secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk
pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas.
Definisi
yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun
mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.
Aktiviti Mendefinisi secara Operasi:
1. Setiap meja
ditampalkan lampiran yang mengandungi kes/masalah dalam kehidupan
seharian yang perlu diselesaikan. Terdapat
6 kes yang perlu diselesaikan.
2. Pada setiap
meja telah disediakan semua bahan yang diperlukan untuk memberi idea
bagi menyelesaikan kes tersebut.
3. Murid
dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan ada 5 orang. Setiap
kumpulan memilih ketua kumpulan
masing-masing.
4. Ketua
kumpulan akan memegang satu note pad yang digunakan untuk menulis jawapan
kepada setiap kes.
5. Sehelai note
pad yang mengandungi jawapan tersebut akan diberikan kepada
cikgu/pensyarah untuk dinilai. Jika betul
maka note pad kumpulan tersebut akan
mendapat cop. Jika tidak betul, kumpulan
tersebut akan diberikan penerangan oleh
cikgu/pensyarah dan mereka diminta memikir
semula jawapan yang betul.
6. Hadiah diberikan kepada
kumpulan yang paling banyak menyelesaikan kes dalam tempoh sejam.
KES 1:
Di sini kekenyalan tepung pulut boleh didefinisikan secara operasi : doh tepung pulut boleh ditarik sepanjang 3 cm
Antara hasil kerja murid:
KES 2:
Di sini pelbagai pembolehubah dimanipulasi untuk menyejukkan kopi. Antaranya meletakkan pelbagai jenis sudu dan juga menggunakan kipas tangan. Pembolehubah bergerakbalas ialah suhu kopi dan diukur hanya dengan menggunakan tapak tangan.
Dalam aktiviti ini murid boleh mendefinisi secara operasi tahap kepanasan kopi ialah kemampuan memegang cawan kopi dengan tapak tangan.
KES 3:
Definisi secara operasi stamina ialah kemampuan melompat dengan tali skipping sebanyak lebih dari 10 kali.
KES 4:
Definisi secara operasi buku pilihan saya ialah kulit buku yang berwarna menarik dan bilangan mukasurat sedikit.
KES 5:
Definisi secara operasi selipar kuasa geseran ialah tapak selipar yang kasar dan berlekuk-lekuk.
Contoh selipar yang disediakan:
KES 6:
Definisi secara operasi "Seronoknya Program Komuniti" ialah dapat ramai kawan baru.
Program komuniti ini melibatkan wakil 6 orang murid dari 5 buah sekolah, maka murid merasa seronok kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari sekolah berlainan.
Ulasan