Berkomunikasi dan mentafsir data
Pengetahuan sedia ada peserta
tentang komunikasi dan mentafsir data dicungkil. Kebanyakan mereka menyimpulkan perbincangan
adalah komunikasi dan mentafsir data.
Seterusnya, miskonsepsi peserta tentang
komunikasi dibetulkan dengan aktiviti “telefon karat” dengan peserta pertama
diberi maklumat dan dipindahkan mengikut bahasa isyarat dan penceritaan semula
mengikut cara masing-masing tentang maklumat asal tersebut. Maklumat dipindahkan dari satu peserta ke
peserta yang lain dan peserta terakhir akan membuat kesimpulan dan
mempersembahkan maklumat dalam bentuk lukisan.
Peserta pertama mendapat maklumat dalam bentuk teks dan perlu disampaikan kepada rakan seterusnya dalam bentuk bahasa isyarat.
Peserta memindahkan maklumat kepada rakan menggunakan bahasa isyarat mengikut cara tersendiri.
Peserta terakhir memindahkan pula maklumat yang diterima ke dalam bentuk lukisan.
Intervensi seterusnya adalah
dengan menonton tayangan video teater yang mengambarkan perubahan lokasi dari
bumi ke awan dan kemudian masuk ke dalam laut . Peserta meneka lokasi-lokasi
tersebut berdasarkan perbuatan pelakon-pelakon di dalam tayangan video tersebut. Ternyata peserta mampu mentafsir maklumat simbolik yang dilakonkan oleh pelakon teater.
Akhirnya, peserta diberi lembaran kerja
untuk mengetahui tentang maklumat yang kebiasaannya ditafsir seperti corak
perubahan dan pola dalam sesuatu pembolehubah dan dikembangkan kepada kemahiran
mentafsir data kepada hipotesis dan kesimpulan.
Ulasan