MENGEKSPERIMEN

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Ia tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan untuk anda.

Mengeksperimen dapat menguji samada sesuatu idea itu betul atau tidak. Ia perlu direka secara adil bagi menguji hipotesis yang dibentuk.

Langkah –langkah untuk merekabentuk eksperimen:

Katakan anda ingin mencari jawapan kepada `Apakah faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan garam dalam air?’

Langkah-langkah
Huraian
Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen ini
Kuantiti garam yang digunakan, kadar keterlarutan garam, suhu air dan kuantiti air yang digunakan
           Kuantiti garam yang digunakan – pembolehubah dimanipulasi
           Kadar keterlarutan garam- pembolehubah bergerak balas
           Suhu air atau kuantiti air yang digunakan – pemboleubah malar
Nyatakan hipotesis
Semakin banyak kuantiti garam yang digunakan, semakin tinggi kadar keterlarutannya dalam air.
Mendefinisi secara operasi pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen
Kuantiti garam – jisim garam yang berbeza-beza dalam gram
Kadar keterlarutan garam – tempoh masa bagi garam itu terlarut dalam saat
Reka bentuk
Jisim garam yang berbeza-beza akan ditimbang dan diletakkan dalam kuantiti air yang sama. Suhu air, jenis garam yang digunakan dan cara mengacau akan ditetapkan sepanjang eksperimen. Data akan direkod dalam jadual. Data digunakan untuk membina graf.
Laksanakan eksperimen
Data direkod
Intepretasi data
Graf dianalisis berdasarkan hipotesis yang telah ditentukan di awal eksperimen . Hipotesis diterima atau ditolak dan kesimpulan dibuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mendefinisi secara operasi

Membuat inferens