Membentuk dan menguji hipotesis

Hipotesis adalah penyataan sementara/tentatif tentang sesuatu pemerhatian, fenomena, atau masalah saintifik yang boleh dibuktikan melalui penyiasatan. 
Hipotesis boleh juga didefinisikan sebagai membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens. 
Suatu penyataan hipotesis perlulah ditulis dalam bentuk yang boleh diuji.
Dalam konteks eksperimen, hipotesis mewakili penyelesaian yang mungkin kepada sesuatu masalah yang diasaskan melalui pengetahuan dan pengalaman seseorang. 
Penulisan hipotesis yang jelas amat penting sebab ianya akan membantu pengkaji untuk merancang untuk mengumpul data agar dapat dibuktikan hipotesis itu benar atau pun tidak.
Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?
1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.
2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam
eksperimen.
3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam
merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara
bagaimana menganalisis data.
4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara
pembolehubah.
5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir
eksperimen


Contoh hipotesis: Magnet jenis ladam kuda dapat menarik klip kertas paling banyak berbanding magnet jenis lain.
Dalam program komuniti kali ini, Puan Nordiana Mohd Yusof mengajak pelajar melihat jenis magnet manakah yang dapat menarik klip kertas paling banyak.

Hipotesis tidak semestinya perlu ditulis yang benar sahaja. Hipotesis yang salah juga boleh ditulis kerana penyiasatan belum dilakukan. Mungkin kerana pelajar melihat saiz magnet ladam kuda paling besar maka mereka meneka inilah jenis yang dapat menarik klip kertas dengan banyak sekali. Hipotesis akan dibuktikan selepas penyiasatan dengan menerima atau menolaknya.




Bagaimana hendak membina hipotesis yang baik?
1.    Anda  perlu mengenal pasti semua pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu eksperimen
2.    Tentukan pembolehubah dimanipulasi, pemboleh bergerak balas, dan pembolehubah pemalar
3.    Tuliskan pernyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
4.    Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua
5.    Gunakan ayat yang ringkas dan jelas. Pastikan penyataan tersebut boleh diuji.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mendefinisi secara operasi

Membuat inferens

MENGEKSPERIMEN