Untuk aktiviti membuat inferens, ia dikendalikan oleh Puan Norisah Mohamed Nor. Sebanyak 3 aktiviti dapat dijalankan selama 45 minit. Aktiviti buku kebal menggunakan dua buah buku yang sama saiz diselang-selikan helaian mukasuratnya. Dua orang murid diminta menarik buku ini pada arah bertentangan. Ternyata murid tidak dapat menariknya kerana buku tersebut seakan-akan tidak mahu dipisahkan dan mendakap erat. Murid ditanya apakah inferens ke atas pemerhatian "tidak dapat menarik pasangan buku"? Maka jawapannya berkaitan dengan konsep DAYA (geseran antara helaian mukasurat dan berat buku). Pemerhatian untuk aktiviti ini murid melihat belon menjauhi tin minuman atau seolah-olah tin minuman mengejar belon. Maka inferens ke atas pemerhatian ini ialah berkaitan dengan konsep DAYA ELEKTROSTATIK. Contoh satu pemerhatian yang dapat dilihat ialah syiling berkarat. Maka inferens ialah syiling ini terdedah kepada hujan dan terbiar lama sebelum...
Semasa eksperimen dijalankan kita akan mengukur pembolehubah bagi mengumpul data. Tentunya sebelum dapat mengukur pembolehubah tersebut, kita perlu jelas apa dan bagaimana hendak mengukur pembolehubah. M emberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu ialah mendefinisi secara operasi. Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas . Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama. Aktiviti Men...
Hipotesis adalah penyataan sementara/tentatif tentang sesuatu pemerhatian, fenomena, atau masalah saintifik yang boleh dibuktikan melalui penyiasatan. Hipotesis boleh juga didefinisikan sebagai membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens. Suatu penyataan hipotesis perlulah ditulis dalam bentuk yang boleh diuji. Dalam konteks eksperimen, hipotesis mewakili penyelesaian yang mungkin kepada sesuatu masalah yang diasaskan melalui pengetahuan dan pengalaman seseorang. Penulisan hipotesis yang jelas amat penting sebab ianya akan membantu pengkaji untuk merancang untuk mengumpul data agar dapat dibuktikan hipotesis itu benar atau pun tidak. Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen. 3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu da...
Ulasan