Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Dapatan kajian "Penerapan kemahiran proses sains melalui program komuniti untuk menarik minat murid terhadap sains"

Kajian ini telah dibentangkan dalam 2nd IPGM International Conference on Teacher Learning and Development 2014 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak anjuran IPG KTAR, Kota Samarahan, Sarawak. Untuk membaca dengan lebih lanjut dapatan kajian sila ke laman sesawang berikut: https://www.academia.edu/9227919/ASSERTION_OF_SCIENCE_PROCESS_SKILLS_THROUGH_COMMUNITY_PROGRAMME_TO_ATTRACT_PUPILS_INTEREST_TOWARDS_SCIENCE

Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Proses Sains Jabatan Sains IPG KPT

Imej
Tarikh: 15 Mei 2014 Tempat: Bilik Simulasi IPG KPT Murid terlibat: SK LBJ, SK Jijan, SK Kompleks KLIA, SK Gadong Jaya & SJKT Ladang Kubang Ketua Fasilitator: Puan Ellyza Karim Fasilitator: Puan Norisah Mohamed Nor, Puan Jalimah Yunus, Puan Haslinah Abdullah, Puan Nordiana Mohd Yusof & En Azerai Azmi Pembantu Fasilitator: Pelajar elektif Sains Ambilan Jan 2013 (Matematik & RBT)  Ucapan oleh Ketua Jabatan Sains  Ucapan oleh Timbalan Pengarah Bacaan doa oleh En Mohd Kashfi Jailani

MENGEKSPERIMEN

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Ia tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan untuk anda. Mengeksperimen dapat menguji samada sesuatu idea itu betul atau tidak. Ia perlu direka secara adil bagi menguji hipotesis yang dibentuk. Langkah –langkah untuk merekabentuk eksperimen: Katakan anda ingin mencari jawapan kepada `Apakah faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan garam dalam air?’ Langkah-langkah Huraian Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen ini Kuantiti garam yang digunakan, kadar keterlarutan garam, suhu air dan kuantiti air yang digunakan             Kuantiti garam yang digunakan – pembolehubah dimanipulasi             Kadar keterlarutan garam- pembolehubah bergerak balas             Suhu air atau kuantiti air yang digunakan – pemboleubah malar Nyatakan hipotesi

Membentuk dan menguji hipotesis

Imej
Hipotesis adalah penyataan sementara/tentatif tentang sesuatu pemerhatian, fenomena, atau masalah saintifik yang boleh dibuktikan melalui penyiasatan.  Hipotesis boleh juga didefinisikan sebagai membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.  Suatu penyataan hipotesis perlulah ditulis dalam bentuk yang boleh diuji. Dalam konteks eksperimen, hipotesis mewakili penyelesaian yang mungkin kepada sesuatu masalah yang diasaskan melalui pengetahuan dan pengalaman seseorang.  Penulisan hipotesis yang jelas amat penting sebab ianya akan membantu pengkaji untuk merancang untuk mengumpul data agar dapat dibuktikan hipotesis itu benar atau pun tidak. Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen. 3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang