Berkomunikasi dan mentafsir data
Pengetahuan sedia ada peserta tentang komunikasi dan mentafsir data dicungkil. Kebanyakan mereka menyimpulkan perbincangan adalah komunikasi dan mentafsir data. Seterusnya, miskonsepsi peserta tentang komunikasi dibetulkan dengan aktiviti “telefon karat” dengan peserta pertama diberi maklumat dan dipindahkan mengikut bahasa isyarat dan penceritaan semula mengikut cara masing-masing tentang maklumat asal tersebut. Maklumat dipindahkan dari satu peserta ke peserta yang lain dan peserta terakhir akan membuat kesimpulan dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk lukisan. Peserta pertama mendapat maklumat dalam bentuk teks dan perlu disampaikan kepada rakan seterusnya dalam bentuk bahasa isyarat. Peserta memindahkan maklumat kepada rakan menggunakan bahasa isyarat mengikut cara tersendiri. Peserta terakhir memindahkan pula maklumat yang diterima ke dalam bentuk lukisan. Intervensi seterusnya adalah dengan menonton tayangan video teater yang m