MENGEKSPERIMEN
Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Ia tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan untuk anda. Mengeksperimen dapat menguji samada sesuatu idea itu betul atau tidak. Ia perlu direka secara adil bagi menguji hipotesis yang dibentuk. Langkah –langkah untuk merekabentuk eksperimen: Katakan anda ingin mencari jawapan kepada `Apakah faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan garam dalam air?’ Langkah-langkah Huraian Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen ini Kuantiti garam yang digunakan, kadar keterlarutan garam, suhu air dan kuantiti air yang digunakan Kuantiti garam yang digunakan – pembolehubah dimanipulasi Kadar keterlarutan garam- pembolehubah bergerak balas Suhu air atau kuantiti air yang digunakan – pemboleubah malar Nyatakan hipotesi