Inovasi Telang Jelly
Mendefinisi secara operasi
Semasa eksperimen dijalankan kita akan mengukur pembolehubah bagi mengumpul data. Tentunya sebelum dapat mengukur pembolehubah tersebut, kita perlu jelas apa dan bagaimana hendak mengukur pembolehubah. M emberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu ialah mendefinisi secara operasi. Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas . Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama. Aktiviti Mendefi
Ulasan