Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa

Dalam kemahiran ini, murid menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter ialah lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat atau jisim.


Aktiviti hari ini menggunakan parameter tinggi. Murid menjalankan eksperimen mengkaji tindakbalas yis ke atas doh. Sebanyak 9 kumpulan dibentuk. Setiap 3 kumpulan membuat eksperimen Set A, B dan C. Bezanya Set A menggunakan 3g yis, set B 6g yis manakala set C 9g yis. Saiz bikar 500 ml dimalarkan. Begitu juga dengan 100g tepung, masa 30 minit dan 85ml air. Pembolehubah bergerakbalas ialah aras kenaikan doh selepas 30 minit.






Berdasarkan dapatan dalam jadual, yis yang sedikit kurang menaikkan aras doh tetapi yis yang lebih banyak menyebabkan aras doh meningkat dengan lebih tinggi. Di sini, murid dapat mengaitkan perhubungan tinggi aras doh dengan masa.


Kebaikan menjalankan 3 set eksperimen ialah kita boleh memilih data yang logik. Ini kerana ada eksperimen yang tidak berjaya kerana berlakunya ralat. 

Pemerhatian selepas 30 minit menunjukkan aras doh meningkat. Murid juga menyedari jika doh dibiarkan lebih 30 minit, aras akan lebih meningkat. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mendefinisi secara operasi

Membuat inferens

MENGEKSPERIMEN