KPS asas: Mengelas

Untuk aktiviti mengelas secara kontekstual, saya meminta murid membawa daun yang mereka ketahui namanya pada kelas 6 Februari 2014. Alhamdulilah, walaupun saya berpesan pada 23/1/2014 namun murid tidak lupa pada pesanan saya. Ternyata murid berminat dengan aktiviti yang akan saya laksanakan.



Saya sediakan 2 ruang, satu saya pinkan dengan daun pisang manakala satu lagi saya pin dengan daun bunga kertas. Saya meminta murid mencucuk pin pada daun yang mereka bawa di ruang yang sesuai setelah mereka mengenalpasti ruang mana sepatutnya dipinkan daun mereka. Saya minta mereka kenalpasti jenis urat daun yang mereka bawa adakah sesuai berada dalam kelas daun bunga kertas atau daun pisang yang saya beri contoh. Setelah itu baru saya tanyakan mereka tentang jenis urat daun tersebut. 

Jenis urat daun telah dipelajari murid semasa tahun 3 iaitu dalam tajuk "external features of plant". Maka tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada murid apakah 2 jenis urat daun tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat. Ada yang jawab jenis nipis, tebal, lebar dan pelbagai lagi jawapan yang mencuit hati. 



Akhirnya murid mengisi lembaran kerja yang disediakan:



Selain jenis daun saya juga meminta murid mengingati semula pengelasan tumbuhan:


Selepas itu saya beralih pula kepada pengelasan haiwan:


Untuk lebih menarik lagi saya gunakan haiwan mainan dan meminta murid membuat pengelasan seperti di atas.





Selain pengelasan reptilia, mamalia, burung dan amfibia, saya turut bertanya jika haiwan boleh dikelaskan kepada kumpulan lain. Murid-murid ini sangat bijak, mereka menjawab "kelas beranak & bertelur" dan "kelas haiwan hidup di darat, air & hidup di kedua-dua darat & air".

Sebelum kelas aktiviti mengelas berakhir, saya menggunakan bentuk pula untuk menganalogi pengelasan. Saya memberi murid bentuk seperti segitiga, segiempat, heksagon, bujur dengan pelbagai warna.


Seterusnya saya meminta murid mengelaskan bentuk-bentuk tersebut kepada 3 jenis pengelasan. Murid dapat mengelas kepada kelas sisi yang sama dan warna yang sama. Tetapi murid tidak dapat mengelas bahawa bentuk itu boleh dikategorikan kepada berbucu dan tidak berbucu. Jadi selepas diberi tunjuk ajar barulah mereka perasan kelas tersebut.

Diharap pelajaran pada hari ini dapat membantu murid memahami bagaimana untuk mengelas.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mendefinisi secara operasi

Membuat inferens

MENGEKSPERIMEN