KPS Memerhati: Asid & Alkali
Untuk KPS memerhati juga, saya bekalkan murid 2 kertas litmus biru & 2 kertas litmus merah. Kemudian saya sediakan juga bahan-bahan untuk murid uji keasidan dan kealkalian. Bahan-bahan itu saja saya sediakan yang berada di rumah seperti sos cili, garam, cuka, kapur sireh, lemon, limau mandarin dsb. Saya tak berikan murid larutan asid hidroklorik mahupun natrium klorida yang ada di makmal kerana teori pembelajaran kontekstual menekankan murid belajar dengan perkara yang dekat dengan diri mereka.
Menurut Secret of Ancient China Art of Motivation, murid dapat tangkap apa yang dia belajar sebanyak 80% jika dia alami sendiri. Itulah sebabnya saja saya bekalkan kertas litmus secara individu. Supaya apabila dia nampak bahan yang dia uji dengan kertas litmus berubah warnanya, maka situasi itu akan kekal lebih lama dalam ingatannya.
Melalui http://cikguhamzah.wordpress.com/sains-upsr/tahun-v/asid-dan-alkali/ saya terjumpa satu tips supaya murid mudah ingat bahawa untuk melihat perubahan kertas litmus merah ke biru menentukan bahawa bahan adalah bersifat alkali manakala jika biru ke merah maka bahan ialah asid.
Semoga apa yang dipelajari murid pada hari ini akan memberi manfaat kepadanya.
Ulasan